Monday, September 14, 2020

Camper generator, Solar Powerbank, solar generator

** SOLAR POWERBANK**

LITHIUM BATTERY( LiFePO4) 80AH 12V

DENGAN INVERTER PURE SINEWAVE 300W

SOLAR PANEL 85W 2 UNIT

12V DC FLOOD LIGHT 20W 1 UNIT  DAN 10W  2 UNIT.

sesuai untuk pondok kebun,food truck,caravan,pondok jaga,gerai,kedai...

Peralatan elektrik apa yang boleh guna? hampir semua peralatan elektrik 300w ke bawah boleh guna..

tv, kipas angin, blender, laptop,lampu ...

!!!! sistem ini tidak sesuai untuk kegunaan atau cara guna yang berat (industri/menggunakan kuasa elektrik terlalu tinggi untuk tempoh yang lama :- welding,compressor,aircond,sterika baju,water heater,heater,peti ais besar,mesin basuh besar,....

 

RM 1500.00

012 893 7935


Saturday, June 6, 2020

Solar Flood Light

  • Lampu solar original premium model.
  • Led sama model dengan lampu solar yang bertulis 25wat untuk model lain.
  • Menggunakan branded led chip.
  • RM120.00

Thursday, November 15, 2018

Solar Generator



SOLAR GENERATOR
 




1.18V 70W Mono Solar Panel,
2.8A controller
3.12V 36AH lithium battery
4.:220V/50Hz,
150W pure sinewave inverter

Ok juga benda ni tapi saiz dia   665*540*45 dengan berat dekat 13kg sesuai kegunaan yang
formal saja tak sesuai bawa masuk hutan. tapi harga mahal ....

jenis ni sesuai untuk buat kerja kat site untuk alat elektrik bawah 150w saja...orang meniaga pun ok leh guna untuk lampu dan kipas...
gerai burger gerai apa pun ok sebab boleh bawa balik..kalau jenis biasa tu pasang kat bumbung tinggal tepi jalan boleh lesap ooo.
 orang nak pasang kat kereta tapi sayang nak tebuk sana sini yang ini sesuai kot...harga dia mahal sesuai untuk kereta mahalkan...

Harga RM2000....
 






Wednesday, September 5, 2018

DIY....TENAGA SOLAR MURAH ?

SOLAR SISTEM MURAH

Sudah banyak kali saya menulis di blog dan fb sejak 6 7 tahun dulu lagi yang solar sistem ini susah nak murah jika kita nak pasang. Tak apa saya ulang lagi. Solar sistem mahal untuk kita pasang untuk ganti tnb. 

jadi kita tak payah mimpi untuk dapat elektrik free dengan solar.
sekarang banyak orang beli nak pasang sendiri nak pasang solar sebab sudah banyak di jual murah. kualiti ker tak itu belakang kira janji solar panel. itu pun belum tentu lagi sistem solar akan jadi murah, silap-silap rugi saja dapat barang kurang power.

BAGAIMANA NAK PASANG SOLAR YANG MURAH?

Ada tekniknya sebenarnya tapi ini lah semua orang tak mampu buat. tak perlu belajar solar lebih lebih pun untuk pasang sendiri solar nak bagi murah kalau benda ini kita tak mampu buat.

saya dah bagitau dulu lagi alat elektrik sekarang dicipta untuk dijanakan dari grid yang berkuasa besar dan pula kos elektrik kita per wat sangat rendah berbanding solar.

tenaga elektrik solar pula kos nak pasang per wat yang saya jual lebih kurang RM15.00 /wat  berbanding yang tnb lebih kurang RM0.20/1000wat bukan  1 wat ye tapi 1000w.

kita bagi contoh katakan aircond 1 hp.

kita boh la 750watt kuasanya dan kita guna 5 jam sehari untuk tempoh sebulan dan jalan tak berenti selama 5 jam tu.

= 750 x 5 x 30 = 112.5kW
bil = 112.5 x 0.20 = RM22.50 sebulan


untuk guna solar kat aircond ni kita kira cara mudah camni :-

750w x 5 / 4 = 937w

jadi kira pi kira mai kita kena guna 1000w solar.

1000 x 15 = RM15,000 

  untuk guna solar untuk aircond  kita kena keluar modal 15k tapi kalau guna tnb bayar 22 saja sebulan


Jadi kita dah boleh agak solar tak akan murah nak guna untuk rumah.

baik..kita balik macam mana tadi nak pakai solar murah tu. macam saya gitau tadi barang elektrik ni dibuat untuk jana dengan sumber elektrik yang besar jadi kalau nak ganti guna solar memang mahal la.

biasanya kita akan tanya orang jual solar berapa kos untuk sebuah rumah atau berapa kos untuk guna aircond dan lampu sekian sekian banyak maka anda memang akan dapat harga yang tinggi sebab anda cuba gantikan sumber grid dengan solar.

Saya banyak bagi pendapat kat orang kalau nak guna solar murah jangan belajar nak pasang a to z..ni pakat nak kira saiz bateri,saiz panel,kabel itu ini,bateri itu ini,controller itu ini,inveter itu ini dan macam2 lagi kecuali la memang minat diy sendiri atau untuk belajar tapi kalau nak pasang sendiri untuk dapat solar sistem murah bagi saya mungkin silap sikit kot. 

saya hanya suruh belajar kenal barang dan kira kuasa solar sistem yang dah siap saja. solar sistem lengkap 250w apa kemampuan dia, sistem 500w apa kemampuan dia, barang apa boleh guna begitu juga sistem 1000w pula macam tu juga kita belajar kira apa kemampuan dia,barang apa leh guna, berapa lama dia boleh jalan sehari. 

bila kita dah tau maka pilih yang mana sesuai dengan bajet dan keperluan kita. kalau bajet kita rendah tapi keperluan alat kita agak tinggi maka kita boleh la atur masa yang sesuai nak guna, guna lampu kecil sikit kuasanya senang kata kita cuba sesuaikan dengan kemampuan sistem tersebut. 

kita nak solar jana peralatan apa yang ada sekarang itu lah sebab kos solar jadi mahal. cuba kita guna alat elektrik dengan kemampuan sistem solar pilihan kita dan bajet kita maka kos solar murah la. kita ikut solar jangan solar ikut kita.

katakan sistem solar 250w harga RM2000 dan kita dah belajar 250w ni kemampuan dia camni saja maka kita dapat lah tenaga percuma dengan kemampuan bajet kita dan peralatan yang akan kita guna saja.
 
yang saya kata kita tak mampu buat tadi ini lah...kita nak solar ikut apa yang kita guna kita tak nak ikut kemampuan solar bajet kita maka kita akan jumpa harga solar mahal.

......



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Affiliate Network Reviews