Kami dapat menyediakan sistem solar untuk keperluan penggunaan anda.
Dari kecil hingga besar.
Dengan pengalaman lebih 6 tahun dan penyelidikan yang berterusan kami cuba memberi yang terbaik
untuk anda.
* kalu mahu harga murah jangan pertikai tentang prestasi... atau mahu barang paling baik nak harga murah tapi tak bayar seperti projek untuk yayasan imdb tu...
############################################################################
Gambar projek
############################################################################
Thin Film Flexible Solar Laminate
maklumat lanjut Thin Film Flexible Solar Laminate
Solar Charger
10watt dan 5watt
5watt RM80 10watt 130
Lampu Ikan LED
Bagi yang suka memancing di laut dan candat sotong boleh cuba lampu ini..
Kami bukan pandai cara permainan cahaya dan lampu di laut maka sila belajar dengan orang yang berpengalaman dulu sebelum membeli..kalau lampu yang kuasa rendah berharga beratus tu ok lah kalau terus nak cuba tapi kalu yang berkuasa beribu watt dan berharga beribu tu kena tahu dulu baru beli.Hasil memang lumayan kalau yang tahu.
ni komersial boleh lah 1000 1200watt..
ni yang hobi sesuai...8watt lebih kurang 200
siap dipasang.
5m kabel
2.DC output: 2*DC5V/1A USB 2*DC12V/3.5A
3.Load: 3w bulb(4pcs)with 5m kabel setiap satu;USB pelbagai-function
charger kabel
4.Working time:68hrs untuk 12W bulb (3W x 4biji), 68hrs for USB devices (jika bateri solar 50ah)
5.Kotak sistem size/weight:300×185×250mm/22KG( no battery)
-Beli bateri dan sambung sahaja.
-Bateri saiz yang sesuai 50ah kebawah.
-Jenis bateri ikut suka sebab ini DIY jadi terpulang untuk anda, mahu guna
Bateri solar atau bateri kereta.
-Boleh juga disambung dengan inverter jika mahu menggunakan perkakasan AC 240V
Boleh guna di pondok kebun untuk pagar elektrik dan lampu serta mengecas gajet anda.
*Sungai Petani *Kena tempah awal-kotak ambil masa untuk dibuat..
#########################################################################
Akan datang
Kita nak lagi ramai orang guna tenaga elektrik percuma dengan peralatan yang bagi kami merupakan peralatan dan teknologi terkini dengan harga yang sangat munasabah.kini kami dalam persiapan terakhir untuk memasarkan lampu ini untuk semua orang..
Dengan teknologi terkini ia hanya mempunyai dua peralatan :- Solar panel dan Lampu.
jadi dengan berbentuk sedemikian rupa ia akan menjadi lampu yang mampu digunakan
diberbagai sudut dan tempat. namun begitu ia mestilah mendapat sinaran cahaya matahari.
dimana:- parking kereta,porch,tempat jalan berbumbung,jejambat,hentian bas,koridor sekelililing rumah,gazebo dan banyak lagi...
Sebab apa sesuai untuk banyak tempat?.. sebab harga barang baik ini RM200
Solar panel :10watt 5v
Battery :3.2v/ 7AH Lithium-ion
Light source : 5watt led
========================================================================
Peralatan Dan Harga untuk rujukan
Promosi
Polycrystaline Solar Panel 50watt RM250.00 stok terhad
# Solar controller sesuai untuk DIY solar street/garden light.
Solar Charge Controller 10A RM 60.00
>sesuai untuk 120watt ke bawah
>design untuk lampu jalan/taman.boleh set masa>sepanjang malam,4,6 atau 8jam.
Solar Charge Controller 3A RM 40.00
Sesuai untuk 30watt panel ke bawah.
design untuk lampu taman/jalan(bila gelap menyala,bila cerah ia padam).
=10watt solar panel + 3A Solar controller RM90.00
********************************************************************************
10 Watt Solar Panel
Lithium Battery (Battery Bank 22400mAh)
built in Torchlight dan controller
led battery power indicator
built in Torchlight dan controller
led battery power indicator
5watt led Bulb(18jam menyala dengan bateri penuh)
T8 tube light (18jam menyala dengan bateri penuh)
*terang 450lm atau bersamaan dengan lampu 20w fluorescent
T8 tube light (18jam menyala dengan bateri penuh)
*terang 450lm atau bersamaan dengan lampu 20w fluorescent
USB output..bermakna banyak juga peralatan yang boleh dicas
Kegunaan?.......lampu di kawasan bencana atau kecemasan, memancing,berkelah,berkhemah
ia sama saja seperti solar sistem 5wat yang ada kotak besi kecil tu cuma yang ini kita gunakan teknologi lebih moden jadi ia kecil,padat dan mudah bawa.Harga yang berpatutan untuk memberi anda satu sistem solar yang berkualiti
*stok habis
New
Lampu Taman Solar
Model terbaru kami dengan hasil penyelidikan bersama agar sesuai dengan
persekitaran cuaca dan gaya penggunaan penduduk Malaysia.
Dalam ujian akhir dan akan dipasarkan Julai 2014
sesuai sebagai lampu halaman rumah dan taman.boleh di pasang di dinding
dan tiang.
Tidak perlu risau lagi bil elektrik untuk menyalakan lampu sepanjang
malam sebab Solar panel menjana elektrik percuma. Menjadikan hiasan halaman rumah
anda moden, berteknologi hijau dan tinggi.
Harga promosi RM430 RM350.00
*stok habis*********************************************************************************
***********************************************************************************
MSNR 200WATT SOLAR SYSTEM
- 200 Watt Solar Panel Monocrystaline
- 30A PWM Solar Charge Controller
- 1000 Watt Modified Sine Wave Power inverter (in DC12V out AC240V)
- 160 AH BATTERY
- Cabel and Connector
Sistem ini hanya sesuai untuk kegunaan ringan.seperti lampu,laptop,Tv, dan peralatan elektrik lain yang bukan digunakan 24jam.
Sistem ini sangat sesuai dan digalakan menggunakan peralatan berkuasa DC12 volt seperti lampu LED,Kipas, Pam Air dan lain lagi untuk menikmati tenaga solar yang lebih optimum.
Jika menggunkan sistem 12volt ini beberapa peralatan dapat digunakan 24jam contohnya seperti CCTV.
Harga :RM3000.00
MS 200WATT SOLAR SYSTEM
RM5,300
muzzysolar@gmail.com / sms 0128937935
*Lokasi tertentu sahaja
MS 400WATT SOLAR SYSTEM
- 200 Watt Solar Panel Monocrystaline
- 40A MPPT Solar Charge Controller
- 1000 Watt Pure Sine Wave Power inverter (in DC12V output AC240V)
- 200 AH BATTERY
- Cabel and Connector
- DELIVERY AND INSTALLATION*
Sistem solar untuk kegunaan heavy duty dan peralatan yang kritikal.Menggunakan Low Frequency Inverter
membolehkan peralatan yang menggunakan motor seperti dril,aircond compreser,kipas angin dan pam air
berfungsi dengan sempurna.
muzzysolar@gmail.com / sms 0128937935
*Lokasi tertentu sahaja
- 400 Watt Solar Panel Berkualiti Tinggi (Gred A) Monocrystaline
- 40A MPPT Solar Charge Controller
- 1000 Watt Pure Sine Wave Power inverter
- 360Ah Solar Battery
- Cabel / Connector
4,000WATT SYSTEM
RM40,000.00
SEDA@feed in tarif@.........Apa benda ni?
Secara bahasa mudahnya , kita pasang solar sistem ni kemudian akan di sambung kepada kabel TNB. biasanya tnb ada meter untuk bil kan penggunaan kita kali ini terbalik pula
kita pun ada meter untuk bil kepada tnb. jadi bila kita pasang solar ni tenaga elektrik yang dihasilkan akan dijual kepada tnb dan kita tiap-tiap bulan akan dapat duit.
Menarik juga kan..
100kwp on grid system
RM600,880.00
Maklumat Solar Sistem
Keperluan tenaga untuk sebuah rumah dengan menggunakan solar adalah agak tidak relevan untuk kos.
Paling kecil sistem yang sesuai untuk sebuah rumah adalah 1000watt yang kosnya lebih kurang 20 ribu hingga 30ribu. kalau ada aircond kena lah ganda kan lagi.
Kalau kos solar ini murah sudah tentu ramai yang sudah pasang.
Kos memasang solar masih mahal dan tidak mempunyai subsidi untuk memasangnya. Kita juga tidak bebas memasang diperingkat sambungan kuasa tertentu yang kawalan dan peraturanya agak ketat.
Bagi berkemampuan dari segi kewangan beberapa skim tertentu juga ada yang membolehkan anda menjanakan pendapatan dengan solar ini.
Jadi Apa guna Sistem 100watt 200watt dan lain-lain seperti diatas?
Ada berapa sebab orang memasang sistem solar berkuasa rendah seperti ini.
- Untuk merasai tenaga elektrik percuma untuk lampu atau perkakasan tertentu.
- Kerana tiada sambungan grid ke rumah atau kawasan pendalaman.
- Untuk kegunaan peralatan komersial atau keselamatan tertentu.
- Kesedaran kepentingan tenaga hijau.
Dengan bajet RM3000-5000 kita tidaklah boleh mengharap boleh mendapat elektrik percuma untuk kegunaan sebuah rumah.
Namun begitu sistem berkuasa seperti ini jika kita gabungkan dengan teknologi lampu led maka anda boleh menikmati
elektrik percuma untuk lampu untuk rumah anda.(pendawaian baru mungkin perlu)
Bagi rumah yang tiada bekalan elektrik sudah tentu peralatan elektrik tidak banyak seperti rumah biasa maka dengan menggunakan peralatan tertentu ia sudah mampu menggantikan janakuasa@generator dan membekal tenaga elektrik percuma.
Kalau ada juga bajet seperti di atas dan ingin memasang solar maka boleh lah hubungi saya untuk maklumat atau kemampuan sistem solar dengan budjet tersebut.
muzzysolar@gmail.com / 012 893 7935
Solar Untuk Pagar Elektrik
Untuk memasang solar bagi menjana energizer@ibu pagar elektrik sebenarnya tidak lah mahal.Kos menjadi tinggi apabila bateri yang digunakan terlalu besar seperti saiz 45,60,80 dan 100 menjadikan kita perlu solar yang besar untuk mengecas bateri tersebut.
Energizer@ibu pagar elektrik tidak lah menggunakan kuasa yang tinggi pun jadi jika ingin menggunakan solar dengan kos rendah bateri perlu ditukar ke saiz yang kecil.
Tidak menggunakan solar,menggunakan bateri besar adalah perlu kerana kita boleh guna lama jadi kita tidak perlu kerap bawa keluar untuk cas.
Mengapa kita tidak boleh guna solar yang kecil cas bateri yang besar?
Ini adalah kerana biasanya solar kecil kemampuan cas juga kecil apatah lagi untuk lagi jika kita menggunakan bateri biasa (kereta) yang mana bateri ini kadar "bocor sendiri" tinggi jadi jika menggunakan solar kecil maka ia menjadi tidak "begitu bermakna".
Begitu juga jika tidak menggunakan "controller" dan memasang direct ke bateri tanpa ada pengetahuan atau teknik yang betul atau menggunakan kompenen tertentu maka bukan sahaja bateri tidak di cas solar,tetapi bateri pula akan menjadi lebih cepat bocor kerana ada solar.
Saiz solar dan bateri yang sesuai? (untuk pagar elektrik)
10watt Panel bateri 7ah-18ah
20watt panel bateri 12ah-45ah
Set lengkap saya RM400 dengan 10watt panel,bateri, controller dan kabel.
Sangat sesuai untuk pagar elektrik dan lampu kecil untuk kegunaan aktiviti luar.
*jika kawasan pemasangan agak terlidung dari cahaya matahari maka saiz panel besar adalah perlu.
muzzysolar@gmail.com / sms 012 893 7935
Yang meniaga boleh minta bantuan,pinjaman kat pihak berkenaan ....
Kalau promosi ni habis@stok habis minta maaf lah barang pun tempah khas kat kilang dengan spefikasi yang saya nak.
** freezer ini menggunakan elektrik DC 12volt atau kuasa bateri dan tiada kelulusan Sirim dan Suruhanjaya Tenaga ..... Hanya ada pun sijil kelulusan antarabangsa saja. Risiko tangung sendiri.
Kalau nak pasang tenaga solar dkt rumah berapa anggaran harganya?
ReplyDeleteSaya nak tanya rumah saya pakai pen hawa dingin 2 peti ais 2 lampu pakai lampu panjang biasa yg putih tu .kalau pakai sistem solar berapa kos agaknya yg mencukupi untuk perkakas elektrik tersebut
ReplyDeleteada jual ke di Malaysia ni Air Cond menggunakan tenaga solar?
ReplyDeletejika ada..berapa harganya?
masih ada ke ni?
ReplyDeletemasih..
DeleteIni jawapan untuk saudara kita dari Kuantan.
ReplyDeleteTenaga solar jika peralatan yang digunakan jenis tertentu ia adalah sama sahaja dengan elektrik tnb dari segi ukuran teknikalnya.Maka jika sama bermakna semua peralatan elektrik kita boleh gunakan.namun untuk menggantikan 100% elektrik dari tnb hanya kos yang menjadi penghalang utama kerana terlalu tinggi.
untuk sebuah sistem solar bertahan atau kemampuan memberi kuasa kepada sebuah rumah bergantung kepada besar sistem solar kita pasang atas perkiraan kuasa yang diperlukan bagi sesuatu rumah. dari sini kita boleh pasang untuk berapa jam,berapa hari backup untuk hujan dan sebagainya.purata untuk solar panel mengumpul tenaga elektrik 4-5 jam sahaja sehari iaitu sinaran cahaya yang terang.ia juga bergantung lokasi sesuatu tempat terlindung bukit,bangunan tinggi,kwasan berkabus dan benda yang menghalang mendapat sinaran cahaya matahari.
panel solar yang berkualiti memang di buat untuk bertahan sehingga 15-25 tahun dan ia mampu bertahan tekanan dan hentakan hujan batu.
kesan memasang di atas bumbung dari segi kasarnya memang tiada namun jika di ukur secara teknikal ia akan meningkatkan sikt suhu dibawah panel jadi pemasangan yang betul adalah penting untuk menjamin kestabilan kuasa yang dijanakan oleh panel tersebut.pemasangan yang betul juga penting agar mengurang kesan sambaran kilat jika terkena.
saya ingin bertanyakan mengenai solar ini...saya nak tukarkan sistem tenaga elektrik untuk pam air akuarium saya kepada sistem tenaga solar..apa pendapat encik dan anggaran kos yg diperlukan..?
ReplyDelete50watt panel+10acontroller+DC pump(4.5watt-400liter/jam)= RM400..
Delete30watt(10watt x 3)+controller + Dc pump (4.2watt -240liter/jam) + RM300
10watt + controller + Dc pump (100liter/jam)=RM200
Nak pasang dekat apartment camne?
ReplyDeleteSalam en muz... harga penal solar untk 3 lampu 2plak n 1 kipas...
ReplyDeleteMS 200WATT SOLAR SYSTEM..
Deleteada maklumat diatas
Saya nk pasang pagar elektrik 17 ekar kebun...berapa kosnya...sy tgk kt kedai semua seribu lebih...
ReplyDeleteNo saya 0199198017 atau email yasimjusoh@yahoo.com
Deletesalam sejahtera. saya ingin bertanya apakah jenis sistem solar yg boleh dipakai untuk sebuah beca bagi menghasilkan tenaga dan berapa harganya.
ReplyDeletecomplete set 50watt RM850.. guna lithium bateri sistem kecil dan ringan sikit dari kita guna lead asid bateri...tapi untuk kegunaan apa?..
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEn muz..nk tnye..boleh ke bateri kereta digunakan dlm sistem solar
ReplyDeleteboleh guna tapi tak sesuai sangat.. bateri akan cepat rosak..
Deleteen muz kalau system solar ni hendak guna pada portable aircond brapa ye kos?
ReplyDeletekita perlu tahu kuasa watt@hp dan berapa lama nak guna sehari.
DeleteProtable aircond 1hp en.muz
DeletePasang lebih 12jam sehari en muz
DeleteEncik..kalau utk 3 standing fan + tv plasma + decoder astro + peti sejuk (medium) + freezer (medium) agak2 berapa watt dan kos?..trima kasih😊😊
ReplyDeleteoh mahal juga..minimum 800w RM8000... belum cukup sepenuhnya lagi..cuma dah boleh guna..
DeleteEn muzz. Kalau nak pasang aircorn 1hp.direct connect solar maknanya just panel controller dan inverter berapa kosnya?? Saya bercadang nak gunakan aircond tersebut pada waktu siang sahaja dan waktu panas terik. Malam tukar ke grid power. Maknanya system tanpa deep cycle battery. Berapa kosnya ya
ReplyDeletepanel 265w rm800 perlu sekurangnya 4 keping,inverter Rm1400
Deletetetapi sistem inverter perlu bateri untuk berfungsi sekurangnya 2 biji...
En musz..saya nk guna solar untuk mini freezer..brapa anggaran kosny termasuk freezer
ReplyDeletefreezer saya tak pasti berapa harga...kos sistem paling kecil RM3000.
Deleteselepas ini kita akan jual solar sistem complete...dalam 3 atau 4 jenis... jadi boleh pilih dengan bujet dan kesesuaian yang rasa sesuai..
Tuan kalau nak pasang solar di pulau , yg ada 10 chalet kecil dan lampu garden ,anggaran berapa cost
ReplyDeletekita kena tahu setiap chalet tu ada alat elektrik apa yang akan digunakan...0128937935
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteAgak2 nk cas laptop,fon je.(sebab duduk asrama nk cas asyik kena turun. Letak barang takut hilang😩😓
ReplyDeleteDengan mudah simpan kalau nk balik rumah
Deletekalau tempat kita nak cas ada dapat sinaran cahaya matahari boleh beli portable solar panel...cas direct ke laptop..tetapi laptop perlu panel besar sikit...panel ni boleh lipat..
DeleteSalam tn muaz saya nak pasang sistem solar utk rumah d sandakan mcm mana ya
ReplyDeleteAssalamualaikum nk tya en muzzy
ReplyDelete1.bolehkah guna panel di atas utk hidupkan exhaust fan rumah/ventilator.
2.bolehkah guna panel direct ke peralatan tanpa guna bateri utk simpan kuasa
salam tuan..nak tahu bpe kos utk pump dgn sistem solar..sbb kebun sy punca air dr boreng lubang 4 inci je..gune water pump air cpt kering..ingt nk guna pump elektrik..
ReplyDeletesolar pump kos dalam 4k
DeleteSaya cadang nak guna solar utk cas lampu roadblok blh x ? Brape kos?
ReplyDeletelampu yang bagaimana tu?
DeleteSalam tuan. Nak tanya kalau tpt dimana cuaca mendung, sesuai tak utk pakai solar. Hanya utk kegunaan kipas dan lampu. Serta sedikit peralatan utk memasak. Kettle & rice cooker. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya ada 4 unit solar penal masing2,290wt,250wt 2 unit dan satu 100w, sy pasang cara paralel,klu dihitung jumlah watt nya 890w berapa batteri yg sesuai dgn solar sy itu,
ReplyDeleteAda kah tuan menjual bateri solar jg..?
Brapa harga utk solar freezer
ReplyDeleteFreezer saja 99l rm1400
Delete